KECOH ! Pelajar Perempuan Pandu Nissan GTR R35 Ke Sekolah Hingga Menjadi Viral ???



Popular Right Now – Malaysia
———
“Walau Naik GTR, Saya Pernah Jalan Kaki”
—————

PETALING JAYA: Netizen dikejutkan dengan video tular di media sosial pada Khamis dengan keterangan ‘Anak siapa pergi sekolah naik GTR’.

Video tersebut mendapat perhatian apabila seorang gadis manis memakai baju kurung seragam sekolah memandu kereta ‘sporty’ Nissan GTR 35 merah jambu.

“Dahsyat budak sekolah zaman sekarang, naik GTR pergi sekolah. Zaman dulu tumpang kawan saja naik basikal. Nak beli basikal pun tak mampu,” antara komen netizen mengenai gadis berkenaan.

Barangkali ramai yang menyangka pelajar sekolah yang menaiki GTR itu baru berusia belasan tahun, tetapi dia sebenarnya sudah pun berkahwin.

‘Pelajar’ di dalam video dan gambar bersama GTR yang tular itu, Nik Murniriaty Mohd Zakri, 29, mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah isteri dan ibu kepada dua anak, masing-masing berumur sembilan dan dua tahun.

“Sayalah ‘budak sekolah’ yang naik GTR tu. Tapi saya bukanlah masih bersekolah, saya dah kahwin pun kira-kira 10 tahun, dah ada dua anak.

“Sesi persekolahan yang baru bermula ni membuatkan saya merindui zaman sekolah. Jadi, saya sekadar suka-suka pakai baju sekolah, mengimbas kembali masa sekolah dulu,” katanya.

Lebih dikenali sebagai Murny, dia yang berasal dari Machang, Kelantan mengusahakan perniagaan produk kecantikan dalam talian sejak empat tahun lalu.

Namun dia menafikan video dan gambar bersama kereta GTR itu dirakamkan sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran untuk melariskan produknya.

“Saya memang dah lama minat bawa kereta laju dan ‘sporty’. Sebelum ni pun dah banyak kali bergambar dengan kereta ni, cuma yang berbaju sekolah yang tular sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

“Jangan ingat saya terlalu senang masa sekolah dulu. Lepas habis sekolah, saya dan dua beradik lain perlu berjalan kaki sejauh dua kilometer dari sekolah ke tempat kerja ibu di Kuala Krai, dan kami sama-sama tunggu ibu habis kerja barulah balik naik kereta pulang ke rumah di Machang,” katanya.

Selain Nissan GTR 35, Murny turut mempunyai kereta Mini Cooper dan BMW, kesemuanya berwarna merah jambu.

Mengakui tindakannya berpakaian sekolah dan keterangan ‘posting’ tersebut mungkin mengelirukan, dia berharap netizen tidak terlalu cepat menghukum dan membuat kecaman tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

Anak sulung daripada empat beradik ini menjelaskan bahawa dia mempunyai dua lagi kereta iaitu Mini Cooper dan BMW, kedua-duanya juga berwarna merah jambu.

“Tapi GTR ni yang paling saya suka, dah beli setahun lalu. Biasanya saya bawa bersiar-siar bersama suami,” katanya sambil menambah kereta GTR itu berharga hampir RM300,000 termasuk kos pengubahsuaian.

Sumber; mstar
#viral #trending #malaysia #youtube #nissangtr

source

Loading...

32 thoughts on “KECOH ! Pelajar Perempuan Pandu Nissan GTR R35 Ke Sekolah Hingga Menjadi Viral ???

  1. Umar Lo Ve Bila January 11, 2018 at 10:21 am

    ngaya .. maklum anak kaya bro

  2. Adenan Abdulrahman January 11, 2018 at 10:21 am

    Ikot dia lah.. dah kaya nak buat apa2 pun takpa.. kita orang biasa jalan kaki pon ok dah…

  3. Raja Kegelapan January 11, 2018 at 10:21 am

    sekali sekeriti tara bagi masuk lh….sebab park untuk cikgu ja…terpaksa park kat luar…kesian…

  4. Mohamad Zuharmi January 11, 2018 at 10:21 am

    Ikut dia lah..jangan iri hati..busuk hati..dengki..dh dia mampu,biarkanlah..BIAR RUPA HODOH,JGN PERANGAI HODOH..BIAR BADAN BUSUK,JGN HATI YG BUSUK..fikir2kanlah..SET KITO JANGE PECOH..

  5. hasiah bidin January 11, 2018 at 10:21 am

    😲😲

  6. Normal Makcik January 11, 2018 at 10:21 am

    Anak org politik

  7. Abdul Azis January 11, 2018 at 10:21 am

    aduh kalah sama aku aku aja ke sekolah naik sepeda saya gak ngikut pergaulan kids jaman now karna jaman now tidak enak di banding jaman old

  8. dewi indar January 11, 2018 at 10:21 am

    aku ke sekolah naik kura-kura biar nyampe sekolah sore trs bisa langsung pulang lagi 😀😀😀

  9. gilang dewangga January 11, 2018 at 10:21 am

    Yng pergi pake helli copter ada gk

  10. Samsung Edi January 11, 2018 at 10:21 am

    dekat malaysia saya sllu liat anak sklh bawak mobil sport.bgi saya bias j krn di org bnyk uang

  11. Tengku Rusaidi January 11, 2018 at 10:21 am

    P

  12. Jack Saiful January 11, 2018 at 10:21 am

    Jangan dengki

  13. Riswanto Anto January 11, 2018 at 10:21 am

    modif

  14. aley azhar January 11, 2018 at 10:21 am
  15. Puteri Huda January 11, 2018 at 10:21 am

    naik bas lagi best maaa.😗😌..!!…ramai kawan dari kau naik kete cam tu..saya baik😂..naik la bas seperti saya😅

  16. alimin maulana January 11, 2018 at 10:21 am

    Anjay mainannya mahal juga

  17. secret name January 11, 2018 at 10:21 am

    Please subribe me

  18. Great Malaya's January 11, 2018 at 10:21 am

    puih dulu aku jalan kaki je p skolah. naik form 5 dah bawa ex5. huhu

  19. Adli Haron January 11, 2018 at 10:21 am

    Perghhhhhhhhh Mmg Terbaaaaeekkk Laaaa Hawauuu Maqahhhh Cara Nie..

  20. Raihan Yan January 11, 2018 at 10:21 am

    Hurmmm Untung lerr dapat naik GTR aku dulu naik basikal tayar 4 je wey!! T_T..untung zaman skrg

  21. Hazman January 11, 2018 at 10:21 am

    Kayo2 blako…kito jah tok kayo harta, tp insyaallah kayo hati budi…..😉

  22. Khair Mex2 January 11, 2018 at 10:21 am

    Aku pandu bas sendiri gi sekolah….Biasa la keje anta budak gi sekolah…..hihi

  23. Na Zuan January 11, 2018 at 10:21 am

    kecoh nk blagak de keta mahal…kite sume mati gi kubur naik van mayat n keranda gak…

  24. Mark Akasuya January 11, 2018 at 10:21 am

    Wahhh kaye nye aku gi sekolah naik helikopter je… Tak adil

  25. Murni Afandi January 11, 2018 at 10:21 am

    aku naik siput babi …tk viral pon. .
    #sembang

  26. azman daud January 11, 2018 at 10:21 am

    hampeh

  27. erick 's January 11, 2018 at 10:21 am

    support my youtube channel

  28. Zai 7 January 11, 2018 at 10:21 am

    Aku naik kereta leh terbang jet pejuang bnyak lgi ah tk viral bab masa phone masi lgi yg nokia

  29. M FaDz January 11, 2018 at 10:21 am

    Aku g sek jalan kaki je..naik basikal bila upgrade..smpai skrg umo 31 xde kete lg…tp tetap hepi.xde masalah..xde harta pun xpe..yg penting 5 rukun islam…

  30. Princess Jazz January 11, 2018 at 10:21 am

    aku dulu p sekolah naik tikar terbang jer…tp xde ms nak viral coz bz pgg carpet takut salah jalan..wakakakakaa

  31. Ris Gamier January 11, 2018 at 10:21 am

    I pergi sekolah naik yacht je

  32. Azrul Syahmi January 11, 2018 at 10:21 am

    Org kaye nk buat macam mane

Leave a Reply