
Viral isu Kahwin kanak-kanak 11 Tahun, suka sama suka
PETALING JAYA: Lelaki berusia 41 tahun yang dikecam kerana bernikah dengan budak perempuan 11 tahun tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Che Abdul Karim Che Hamid, 41, ketika dihubungi mStar Online mengaku telah bernikah dengan kanak-kanak perempuan yang berasal dari Pattani, Thailand itu baru-baru ini.
Peraih getah yang berasal dari Gua Musang itu berkata mereka bernikah di Thailand atas dasar suka sama suka.
“Ya, memang benar saya sudah berkahwin dengan isteri ketiga. Kami suka sama suka. Kami sudah bercinta sejak empat tahun lalu,” katanya, Sabtu.
Mengulas mengenai kisah percintaan mereka, Che Abdul Karim berkata dia mengenali isteri ketiganya itu, semasa kanak-kanak itu menemani ibunya bekerja di kedai makan milik isteri pertamanya.
“Saya kenal isteri ketiga semasa dia bersama ibunya bekerja di kedai isteri pertama tapi itu kisah tiga tahun lalu,” katanya.
Ditanya mengenai ramai pihak mengecam perbuatannya memperisterikan seorang yang masih berstatus kanak-kanak, Che Abdul Karim berkata isteri ketiganya itu akan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Pattani sehingga usianya mencapai 16 tahun.
“Kami buat perjanjian di hadapan imam kami nikah secara gantung dulu. Kami tidak akan tinggal bersama.
“Buat masa ini isteri akan duduk bersama jagaan ibu bapa sehingga berusia 16 tahun. Cukup usia tersebut baharulah kami akan buat pengesahan nikah dengan Majlis Agama Thailand dan Malaysia,” katanya.
Bapa kepada enam cahaya mata hasil perkahwinannya dengan dua isterinya sebelum ini bagaimanapun tidak menganggap perbuatan tersebut salah kerana dia bernikah dengan budak perempuan itu dengan kebenaran kedua ibu bapanya.
“Saya bernikah selepas dapat kebenaran ibu bapa isteri saya. Lagipun mereka setuju dan hadir bersama semasa proses akad nikah dilakukan di depan kadi,” katanya.
Malah dakwa Che Abdul Karim, dia telah mendapat kebenaran daripada isteri pertama, Noraini Che Nawi untuk memperisterikan budak perempuan itu.
“Isteri pertama tahu mengenai perkara ini dan dia setuju. Tapi isteri kedua tak benarkan sebab itu saya kahwin senyap-senyap,” dakwanya
Mengenai soal isteri keduanya yang mahu menuntut cerai, Che Abdul Karim berkata dia belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
“Saya tak fikir lagi. Lagipun saya sudah menjalankan tanggungjawab saya sebagai suami dan ayah. Saya sudah beri segalanya kepada isteri-isteri saya.
“Baru-baru ini saya ada beri isteri kedua duit raya RM700. Saya juga belikan rumah secara tunai dan bayarkan kereta dan juga tanggung kos baiki kereta,” katanya.
Sebelum ini, netizen digemparkan dengan berita pernikahan seorang budak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki yang 30 tahun lebih muda daripadanya.
Perkahwinan yang berlangsung di Selatan Thailand itu tular selepas isteri kedua Che Abdul Karim, Siti Nor Azila Zulkifle, 34, memuat naik beberapa status dan gambar di Facebook miliknya yang mendedahkan tentang perkahwinan tersebut.
Berdasarkan status dimuat naik, Siti Nor Azila atau lebih mesra disapa Effa turut mengucapkan tahniah kepada suaminya itu selain menyindir lelaki tersebut yang sanggup berkahwin lain sedangkan dia dan empat anaknya dipinggirkan.
Status Effa menjadi tular sejak Jumaat malam sehingga menjadi bualan ramai di Facebook dan ada netizen mengecam perbuatan suaminya berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur.
source
barua nafsu.. knk2 pn jd..
Cinta korak!!!!!baru kanak kanak riang boleh atok tu nk kawin dgn budak tu!!!org lelaki bab kahwin lebih ni ikot sunnah,tp kalau xcukup hak isteri xsebut sunnah..mcm manela mak bpak budak perempuan tu boleh kasi anak dia kawin umur bru nk akil baligh tu…aku xsetuju!!!!lebih baik laki tu kawin pelacur je?dri jd pelacur bt bini di bimbing suami,InsyaAllah…boleh jd isteri mithali!!!
Suka sama suka palahotakkkkkauberjambul
ini mesti kene masok dalam penjara …..
Ustaz ustaz…kalau sayang pun kau tunggu la umur 18….kalau dh jodah x ke mana..mmg kau cakap tunggu 5 tahun…dh duduk sebumbung…mana tahan ooo
Apa salahnya itu hak dia
"Tahniah" lah media kerana membesar-besarkan isu ini…Boleh nampak ramai yg jadi hakim alam maya sedangkan sumber hanya dari satu pihak…"Tahniah" lah juga, kerana ramai yg tak faham nikah gantung ni. Dan "Tahniah" lah juga juak2 Kafir dan Melayu urban yg menjadikan isu ini dengan Menghina Rasulullah S.A.W. "Tahniah" Rakyat "Malaysia Baru"
https://www.youtube.com/watch?v=4WZDN4H9VtA&lc=z22uhbciuy2sxrl1eacdp433cq35vwo0kuxufh4s1m1w03c010c
Mcm mne family pmpn bleh setuju ??
Bantaton orang dusun bilang 😏
Trauma kalau nampak org tua miang macam ni Sy pun prn jadi korban durang tu tak puas je jangan lah bung masa muda demi lelaki yang patut kita panggil Atok sdh
mcm2 hal la der.kau ni suka sex kanak2 ke der.kepala bpak kau.jgn nk bebas sngat la hanat.yg aku plik org tua tu pun bg..klau la adik aku gini dah pecah muka kau.tak pnh di buat org.
Girl is 11 and above puberty, and its a valid marriage / nikah . She consented , groom consented and her parents , legal under sharia . So STFU
bedooh hok tuo pom
otak ustaz ni kat mna Wey 11 tahun tu budak sekolah lagi tuh
Baguslah Kolo macam nie tengok ape jadi kat akhirat nanti
Haha , mmg klau ikut logik akal mmg tk logik la , bdk kcik mcm tu pom dh ade rase nk brlaki dhh , klau bdk pempuan tu brcinta monyet dgn bdk yg sbaya dgnnya logik la jgk . Ksian jgk pikir pd bdk tu dh ad tggugjwb bsar sdangkan dia jauh beza brumur 11 thn dan suaminya pula dh 41 thn n dh ade 2 siap istri plak tu
Al-'Aĥzāb:58 – Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
Al-Ĥujurāt:12 – Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Aduhai..ni lebai ke sang kelembai
Bduk ni main motor lari sana sini dkt surau dkt kg gua musang bduk lagi weyyy…dia buat bdoh je org kg tgok dia
Mana kerajaan…come on!
sama la tu ko rampas laki orNg orang pulk rampas laki ko
Apa nak jdi zaman sekarang ni.. Riwayat yg menytakan Saidatina aisyah nikah umur 6 tahun tu pun x kukuh sebenarnya. Allah sje yg thu, tpi zaman dulu Nabi berkahwin byk sebab nk eratkan hubungan silaturahim. Mereka dulu bukan mcm sekarang. Zaman nabi dulu masa nabi berhijrah ke madinah, ada org Ansar yg gembira sgt dpt bersaudara dgn org muhajirin smpai dia nak beri serorg drpd 2 isteri dia pd saudaranya.. Berbeza dgn zaman sekarang. Jdi kita x sewajarnya gunakan agama sebagai alasan untuk kepuasan diri sndiri. Maaf kalau info salah, sy baca dri internet dn buku.
Sunah nabi..
lolicon
Kepala otak dia lah. Memang tak masuk akal! Cinta konon !! Hancur hidup budak kecil tu
ada komen katalelaki 41 tahun ni pedo la, dan lain2.. ingat nabi penah kawhin dgn siti aisyah yg ketika itu berumur 7 tahun.. komen anda boleh menjurus kpd hina nabi secara tidak langsung..
https://www.youtube.com/watch?v=RZMJuLhP4Kk
Bercinta 4 tahun lalu, bermaksud budak tu umur 7 tahun, pale bana die…
sayg cantik macam ni dh barai … lebai.
Damn he must be a Pedophile
Menteri jahil kecoh ko salam bhkan mahram benda haram.taknak taubat ke haaaha
Orang Gila sex banyak cara lain bleh tolong orang puuui
😂 bercinta sejak budak tu umur 8 thn
Paedofilia. Stim tengok kanak-kanak
budk tu bsuh berok xreti lg…😒
Pernikahan tidak sah di malaysia kerana malaysia had umur 16 ke atas .manakala di thailand sah kerana undang undang negara tu hadkan kebwah pun boleh sah patut la ramai nikah di thailand
Terhutang BUDI, BODY tergadai… Dunia2…
Bercinta Jenis apa pulak dengan budak umur 11-4
Dah akil baligh pun..badan pun besar..bila tengok Kat fb n ytube ada gak budak perempuan yang berlaku sumbang jadi Tak lah heran cerita ni…baguslah mrk pelihara iman awal Dari trjadi perkara sumbang…..baca lah dah Cari tahu kisah nabi saw,Tanya ustaz tentang kisah nabi saw,untung nya faham apa yang nabi sampaikan melebehi untung kekayaan dunia…aku Tak kecam takut ter kecam Islam…Jon belajar Islam sebaik mungkin…..jom….jgn kecam lagi saudara..
Jgn slhkan lelaki tu je..dieorg tu suka sama suka..budak perempuan tu pun suka lelaki tu..bkn nk membela lelaki tu..dieorg kahwin pun bukan kerana paksaan..kalau dah cinta , tidak mengira usia..sekian
Malukan nama gua musang jelah ..