Viral Syamsul Yusof cedera parah akibat terkena bahan letupan



syamsul yusuf cedera
KUALA LUMPUR: Pelakon yang juga pengarah, Syamsul Yusof, 32, patah tulang bahu kiri ketika menjalani penggambaran filem Makrifat Cinta, semalam. Anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, itu bagaimanapun dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara. Syamsul berkata, dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang, beliau melakonkan aksi letupan untuk naskhah terbitan Dhananwood Films Sdn Bhd itu. “Sebenarnya aksi yang saya lakukan itu tidaklah susah dan biasa dilakukan dalam beberapa filem lakonan saya sebelum ini seperti dalam KL Gangster. Ia babak yang tidak memerlukan pelakon lagak ngeri. Pelakon, Syamsul Yusof, cedera pada bahu ketika menjayakan filem terbaharu, Makrifat Cinta. “Ketika kejadian, saya sedang melakonkan aksi melutut di tanah dan di hadapan saya pula pelakon Nora Danish yang sedang terbaring. Ketika berlaku aksi letupan di belakang, impak itu membuatkan badan saya melambung ke hadapan dan saya pula sempat mengelak daripada terjatuh menghempap Nora. “Ketika itulah pergerakan badan saya tidak begitu stabil, menyebabkan bahu saya terjatuh terlebih dulu. Ia menyebabkan rasa sakit yang amat sangat,” katanya yang baru saja pulang dari hospital bagi mendapatkan rawatan pakar sewaktu bercakap kepada BH Online. Menurut Syamsul, selepas kejadian beliau dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan hanya diberikan ubat tahan sakit. “Malam tadi, sakit di bahu makin terasa dan hari ini, saya sekali lagi ke hospital untuk melakukan x-ray kerana bimbang berlakunya kecederaan lebih teruk. “Doktor mengesahkan bahu saya patah dan retak di belah kiri. Sepatutnya saya direhatkan di hospital, tetapi saya meminta izin untuk berehat di rumah saja. Saya turut dinasihatkan agar tidak melakukan banyak pergerakan,” katanya. Tambahnya, beliau akan memulakan semula penggambaran filem arahan pengarah baharu, Kamal G, bermula esok. “Penggambaran baru saja bermula 12 hari lalu dan saya masih mempunyai dua minggu lagi untuk dihabiskan. Kalau keadaan bertambah baik, insya-Allah saya akan meneruskan kerja saya dan sekiranya tidak, terpaksalah saya mengambil cuti panjang sikit,” katanya. Sementara itu, ditanya mengenai pembabitannya dalam syarikat produksi lain bersama pengarah baharu, Syamsul yang sering menjayakan filem terbitan syarikat Skop Productions milik bapanya sendiri berkata, naskhah bercorak romantik itu mampu menguji lakonannya. “Sepatutnya, memang dalam tempoh ini saya sudah mula menjalani penggambaran Munafik 2. Begitupun, disebabkan saya masih tidak berpuas hati dengan jalan ceritanya, saya memerlukan tempoh yang agak lama untuk mengangkat karya itu menjadi lebih kuat dan berkualiti. “Selepas kejayaan besar diraih oleh Munafik, awal tahun ini, saya tidak sesekali mahu mengecewakan penonton. Saya mahu menjadikan Munafik 2 lebih kuat, khususnya dari segi jalan cerita. “Kebetulan, saya menerima skrip Makrifat Cinta, karya romantik pertama yang mampu menguji lakonan saya, jadi sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya. Tambahan pula apabila melihat barisan pelakonnya, khususnya Nora yang kali berlakon dengan saya, ia membuatkan saya mahu menyahut cabaran itu,” katanya mengenai filem yang turut dilakonkan Nabila Huda, Adi Putra dan Puteri Balqis itu.

Credit RotiKaya

source

28 thoughts on “Viral Syamsul Yusof cedera parah akibat terkena bahan letupan

  1. Mohd Faris October 7, 2017 at 5:30 am

    Drama weii

  2. PS4 MASTER October 7, 2017 at 5:30 am

    Betul ni

  3. nadirah dyg October 7, 2017 at 5:30 am

    Betul ke ni

  4. Syahmi 2003 October 7, 2017 at 5:30 am

    ini lakonan ja part akhir tu ada org kata "bangun balik" haa mesti ar dia kata kat syamsul

  5. Syafiq Aiman October 7, 2017 at 5:30 am

    Kesiannya al-fatihah kepada orang yang suka syamsul yusof mari sama-sama doa kan dia semoga cepat sembuh

  6. ADAM Al-Quds October 7, 2017 at 5:30 am

    padan muka kau!
    kenape tak mampus terus.
    itu la, kuat sangat makan babi. sbb tu jangan mcm tu!

  7. Mira Miza October 7, 2017 at 5:30 am

    kesin sanggat

  8. Kangkung Paya October 7, 2017 at 5:30 am

    kesian syamsul yusof dah lah hensem kena bahan api peminat doa doa kan lah syamsul cepat sembuh

  9. izz roblox October 7, 2017 at 5:30 am

    tangan dia patah

  10. Mr. YouTube October 7, 2017 at 5:30 am

    in betul ke apa ?? kalau betul harap cpat smbuh

  11. AFIFHAFIZI 2112 October 7, 2017 at 5:30 am

    ni mcm citer desolasi je

  12. Nurlisha rock Rose October 7, 2017 at 5:30 am

    Ya allah🙊😿😦

  13. xXCute GirlXx October 7, 2017 at 5:30 am

    ya allah kesian syamsul yusof korang doa jela cepat sembuh ye

  14. Mohamad Aryan October 7, 2017 at 5:30 am

    masa ni memang babak letupan, darah tu Palsu.. masa stunt tu dia tersalah landing, jadi bahu terkehel sikit LA.. tapi tak serius Dan ambil masa 2 minggu untuk sembuh. harap peminat jangan risau.. he is strong guy..

  15. Mohamad Aryan October 7, 2017 at 5:30 am

    bro yang dok sbelah kiri kepala syamsul yusof tu bagi kantoi pulak.. nampak tangan plak.. orang tgok dah tau tu sirap.. kita dah plan cantik dah.. aduh.. tapi Takpa LA, dalam filem pon kadang ada kesilapan macam tu.. hihihi

  16. Hisham Halim October 7, 2017 at 5:30 am

    kesian

  17. AHMAD GG October 7, 2017 at 5:30 am

    aku doa kan cepat sembuh

  18. iman khadijah October 7, 2017 at 5:30 am

    kesian

  19. NatalieAbigail Abigail October 7, 2017 at 5:30 am

    ni betul2 ke apa ni

  20. Khairul Azman October 7, 2017 at 5:30 am

    bahan letupan

  21. JuliaTheLove 154 October 7, 2017 at 5:30 am

    die patah bahu

  22. Naufal Hadi October 7, 2017 at 5:30 am

    itu asli kah

  23. raja zafri syahmi October 7, 2017 at 5:30 am

    Ape menda yang meletup

  24. nasuha rosly October 7, 2017 at 5:30 am

    darah tu tak betul tapi tangan betul patah .. nd ada update dekat ig dia

  25. mimi suraya October 7, 2017 at 5:30 am

    dia jadi macam ni time dia nak buat filem

  26. Pak Latip October 7, 2017 at 5:30 am

    kesian nya Kalau betul kepada semua peminat syamsul yusof ni doa kan lah dia supaya cepat sembuh.

  27. Muhd Farhan October 7, 2017 at 5:30 am

    kesian syamsul yusof

  28. Norazian Abu October 7, 2017 at 5:30 am

    Bila kena ni?

Leave a Reply